Berita Terbaru
Loading Bos.....
Sunday, January 12, 2014

Hanya satu doa Rosululloh SAW yang ditolak

2:23 AM
Allah s.w.t. menolak satu doa Rasullullah s.a.w.
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah
berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke
dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan
Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada
Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami
lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam
tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan
musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.

2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan
bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.

3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan
sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah
tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain,
hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah
ini layak kita melihatnya ?``

0 comments :

Post a Comment

 
Toggle Footer