Berita Terbaru
Loading Bos.....
Sunday, January 12, 2014

SEJARAH ASWAJA

2:21 AM
Munculnya Ilmu Kalam Sunny (aswaja)
Setelah wafatnya Baginda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, di mana Daulah
Islamiyyah semakin meluas di bawah pimpinan para khalifah, maka banyak umat
manusia dari seluruh dunia memasuki agama Islam berbondong-bondong. Masyarakat
Islam pada ketika itu mempunyai latar belakang agama dan pegangan yang berbeda-
beda. Bahkan, mereka juga mempunyai femahaman terhadap kehidupan yang berbeda
dengan kehidupan yang diajarkan oleh Islam.

Bahkan, sebagian mereka ada dari kalangan orang-orang A’jam (bukan Arab) yang
mengalami kesukaran untuk memahami ajaran yang terkandung dalam Al-Qur’an secara
langsung. Berdasarkan banyak faktor-faktor , maka risalah aqidah Islam dan tauhid
murni ini semakin menantang untuk dijelaskan kepada masyarakat yang baru memeluk
Islam.

Sebagian dari mereka sudah terbiasa dengan pegangan dan konsep ketuhanan yang
salah sehingga mencoba memahami aqidah murni Islam dengan kerangka yang salah.
Oleh sebab itulah, timbul isu aqidah yang beragam seperti isu taqdir yang merupakan isu
yang paling awal dibahas dalam masyarakat Islam,tentunya dalam bidang aqidah.
Ini adalah suatu tantangan baru dalam masyarakat Islam, di mana dahulu, iman adalah
suatu yang dihayati dan terealisasi dalam segenap kehidupan, namun dengan
munculnya generasi baru yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan,
keilmuan, pegangan, kepercayaan, bahasa dan sebagainya, membuat “pendekatan”
untuk menjelaskan tentang tauhid murni Islam perlu dikembangkan.
Pada awal perkembangan ilmu aqidah (suatu nama yang tidak di gunakan dalam
zaman awal salaf, lalu berkembang menjadi nama khusus untuk ilmu tauhid), para
ulama’ tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu-isunya karena mereka lebih
menumpukan sudut mengembangkan ilmu-ilmu berkaitan femahaman terhadap hukum-
hukam syariat Islam.

Namun Apabila timbul isu-isu melibatkan aqidah, maka para ulama’ hanya menghadapi
individu-individu yang terlibat dengan perdebatan ilmiah yang ringkas. Ini bisa dilihat
sebagai suatu asas bagi perkembangan ilmu Jidal (ilmu perdebatan) yang seterusnya
membawa kepada pengkonsepan ilmu Kalam Sunni, yaitu suatu perkembangan ilmu
Jidal para ulama’ Sunnah khusus dalam bidang aqidah Islam. di Antara para ulama’
Salaf yang masyhur yang terlibat dalam perdebatan secara Kalamiyyah (ilmu Kalam
atau ilmu Jidal) ini adalah Imam Abu Hanifah r.a. (w 150 H), Imam As-Syafi’e r.a. (w:
204 H) [rujuk Manaqib As-Syafi’e oleh Al-Baihaqi: 1/457] dan sebagainya.
Pada masa seperti ini, perkembangan ilmu tauhid ajaran Islam mula dibahas secara
teori semata-mata tanpa berkaitan dengan penghayatan terhadap tauhid itu sendiri.
Muncul individu-individu yang sibuk membahas tentang sifat-sifat ketuhanan, perkara-
perkara ghaib dan sebagainya tanpa menghayati tauhid murni dalam hati mereka.
Seolah-olah, ilmu tauhid adalah suatu ilmu untuk dibahas tanpa mempunyai
penghayatan dan rasa manisnya dalam diri manusia. Ini adalah hasil perkembangan
perbahasan ilmu agama tanpa nilai ketaqwaan dalam sebagian ahli ilmu dan
masyarakat awam.

Tidak dapat dinafikan bahwa, para ulama’ yang terlibat dalam memberi penjelasan
terhadap aqidah Islam dalam masyarakat Islam adalah terdiri daripada para ulama’ sufi
juga, yang pada ketika itu lebih dikenali sebagai golongan Az-Zuhhad (ahli zuhud).
Tokoh-tokoh besar seperti Imam Hasan Al-Bashri (w: 110 H) dan Imam Harith Al-
Muhasibi (w: 243 H) adalah antara tokoh-tokoh sufi awal yang terlibat membahaskan
ilmu berkenaan dengan aqidah. Namun, pembahasan tauhid mereka berbeda dengan
pembahasan tauhid nazhori (secara teori) karana mereka membahas tentang penyucian
jiwa, tarbiah kerohanian dan sebagainya sebagai usaha merealisasikan ilmu tauhid
kepada bentuk penghayatan rohani.

Ini berbeda dengan perkembangan ilmu Tauhid Nazhori yang melibatkan perdebatan-
perdebatan secara istilah dan sebagainya. Sedangkan, ilmu aqidah atau ilmu tauhid
yang dikembangkan oleh sebagian ulama’ sufi menekankan konsep “keterpaduan”
antara tauhid dengan akhlak (tauhid amali syuhudi) yang mana itu suatu warisan tauhid
generasi awal Islam yang masih dipelihara. Ilmu Tauhid yang mereka bahas bukan
sekadar berbentuk teori, tetapi diterjemahkan dalam bentuk hubungan kehambaan
dengan Allah s.w.t. melalui konsep Suhbah dan Tarbiah yang didasari oleh kaedah
Qudwah (contoh) sebagaimana yang telah disebutkan.
Kaedah Qudwah yang mereka gunakan itu sendiri mempunyai silsilahnya yang
bersambung kepada Saidina Rasulullahsholl allahu ‘alaihi wasallam karana para ulama’
sufi mengambil qudwah daripada para ulama’ tabi’in yang mengambilnya daripada para
sahabat r.a. yang mana mereka mengambilnya daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi
wasallam.

Ketika perkembangan ilmu tauhid amali sedang marak dalam golongan sufi khususnya,
muncul beberapa individu yang terus tenggelam dalam pembahasan tauhid berbentuk
teori (Ilmu Tauhid Nazhori/kalam), lalu timbul perdebatan hangat tentang masalah-
masalah ketuhanan dan sebagainya, berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah
berlebihan dalam menggunakan akal untuk berinteraksi dengan masalah-masalah
aqidah dan kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab yang sempurna sehingga
salah faham dalam memahami nas-nas mutasyabihat yang melibatkan masalah-
masalah aqidah.
Di Antara mereka yang terlibat dengan kesesatan dalam masalah aqidah adalah seperti
Washil bin ‘Atho’ (w: 130 H) yang merupakan murid Imam Hasan Al-Bashri yang
akhirnya keluar dari majlis Imam Al-Bashri lalu membuat majlis ilmu sendiri karena
mempunyai femahaman yang berbeda daripada Imam Hasan Al-Bashri khususnya
dalam beberapa masalah aqidah. Akhirnya, faham Washil bin ‘Atho’ dikenal sebagai
Mu’tazilah.
Femahaman ini juga dikembangkan oleh ‘Amr bin ‘Ubaid (80-142 H) dan kemudian
dikembangkan oleh Abu Hudhail Al-‘Allaf (w: 268 H), Ma’bad bin ‘Ubbad Al-Silmi (w: 220
H) dan seterusnya oleh Abu Ali Al-Jubba’ie (w: 330 H).
Di samping itu juga, sebelum munculnya golongan Mu’tazilah, muncul individu yang
menimbulkan kekeliruan dalam masalah aqidah seperti Ma’bad Al-Juhani Al-Bashri (w:
80 H) dan Ghailan Ad-Dimasyqi (w: 105 H). Femahaman kedua individu ini dikenal
sebagai Qadariyyah., masalah Taqdir atau Qadar adalah di antara masalah baru yang
paling awal diperbincangkan oleh golongan sesat pada masa salaf.
Begitu juga dengan munculnya individu bernama Jahm bin Safwan (w: 128 H) yang
terlibat dengan faham Jabbariyyah. Faham ini berbeda dengan faham Qadariyyah
walaupun kedua-duanya masih berkaitan dengan masalah qadar. Namun, kedua-
golongan ini terpeleset dari tauhid murni Islam.

Golongan Mujassimah juga termasuk di antara golongan yang menyeleweng dalam
masalah aqidah. Mereka memahami nas-nas mutasyabihat dengan femahaman bahasa
yang maknanya dibatasi dengan penggunaannya kepada makhluk. Lalu, mereka
menjisimkan Allah s.w.t. apakah secara jelas atau secara tidak langsung.
Di Antara golongan Mujassimah adalah golongan Hisyamiyyah yang dipelopori oleh
Hisyam bin Al-Hakam (w: 190 H) dan Al-Mughiriyyah yang dipelopori oleh Al-Mughirah
bin bin Sa’id (w: 119 H) dari kalangan Syiah. Begitu juga golongan Muqotiliyyah yang
dipelopori oleh Muqotil bin Sulaiman (w: 150 H) dan dan golongan Al-Karramiyyah yang
dipelopori oleh Muhammad bin Al-Karram (atau Al-Kiram, w: 255 H) dari kalangan ahli
hadith. Adapun femahaman golongan Mujassimah ini masih mempunyai pengaruh yang
kuat hingga hari ini walaupun kebanyakan mereka berlindung di sebalik nama-nama
indah yang mengelabui para penuntut ilmu dan masyarakat awam.
Ketika perkembangan ini muncul ,maka ilmu tauhid atau aqidah lebih dibahas secara
teori di bandingkan dengan sebelum ini,yang dikembangkan dalam masyarakat secara
praktikal dengan tarbiah kerohanian (tauhid amali syuhudi). Namun, ini tidak menafikan
peranan penting para ulama’ sufi yang masih menjaga manhaj tarbiah ummah dan
penyucian jiwa yang menjadi aspek terpenting dalam mengembangkan tauhid amali
yang diwarisi secara murni daripada para sahabat r.a. dan tabi’in yang sudah mencapai
tahap ihsan.
MunculnYA Golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah
Ketika TERJADI BENTURAN antara golongan-golong an yang telah di sebutkan tadi
dengan golongan As-Sawad Al-A’zhom (majoritas ulama’ Islam) iaitu golongan Ahlus-
Sunnah wal Jamaah, maka muncul dua tokoh utama yang sangat berperan dalam
mengembangkan ilmu tauhid secara teori ini, dalam rangka untuk menghadapi dan
mengcounter gelombang femahaman-femahaman sesat dari golongan-golong an ahli
bid’ah.
Tokoh pertama yang dimaksudkan ialah Imamuna Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (w: 324 H).
Beliau besar dalam lingkungan keilmuan golongan Mu’tazilah sehingga beliau sendiri
terpengaruh dengan faham tersebut. di Antara guru beliau adalah tokoh Mu’tazilah
terkemuka iaitu Abu Ali Al-Jubba’ie. Namun, Allah s.w.t. memberi hidayah kepada beliau
sehingga beliau akhirnya kembali kepada aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, iaitu aqidah
murni Islam.
Beliau melihat pentingnya mempertahankan aqidah murni Islam (aqidah ahlus-sunnah
wal jamaah) dengan sebuah manhaj penghujahan yang lengkap dan jelas, iaitu dengan
menggabungkan manhaj naqli (menggunakan nas) dan aqli (menggunakan kaedah
akal).

Sebagaimana telah diisyaratkan oleh Sheikh Ibn Khaldun, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari
mengembangkan manhaj beliau dalam bidang aqidah berdasarkan manhaj Imam Ibn
Kullab (w: 240 H) dan dan Imam Al-Muhasibi (w: 243 H).
Ketika itu, perkembangan ilmu tauhid Nazhori versi sunni atau ilmu Kalam versi sunni
sangat diperlukan khususnya untuk membentuk suatu metodologi femahaman terhadap
aqidah murni Islam dan kaedah penjagaan aqidah daripada faham-faham yang sesat.
Maka, penggunaan ilmu logika sangat diperlukan khususnya dalam menyusun kerangka
femahaman yang sahih terhadap nas dan seterusnya menyusun kaedah-kaedah asas
aqidah murni Islam dan hujah-hujahnya.
Jika kita soroti puncak munculnya faham-faham sesat yang dibawa leh kelompok-
kelompok pinggiran (syazd) dalam masyarakat Islam, kita dapati bahwa itu semua
kembali kepada dua alasan utama iaitu:
Kelemahan dalam menguasai ilmu berkaitan dengan pemikiran.
Kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab.
Oleh sebab itu, banyak orang yang sesat dalam masalah aqidah didapati karena
terperangkap apakah karena berlebihan dalam menggunakan akal ataupun lemah dalam
memahami uslub bahasa Arab sehingga salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat.
Bagi golongan yang terlalu berpegang dengan akal,membuat mereka tidak mengetahui
batasan-batasannya dalam menyingkap hakikat ketuhanan sebenar, maka ia akan
menolak nas-nas yang jelas sehingga menyimpulkan pendapat-pendap at yang
terpeleset lagi sesat.
Begitu juga dengan golongan yang tidak memahami uslub bahasa Arab dan
mengabaikan sama sekali peranan akal dalam memahami sebagian sifat kesempurnaan
Allah secara umum, lalu akhirnya salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat sehingga
terlibat dengan faham Tajsim (menjisimkan Allah), Tasybih (menyerupakan sifat-sifat
Allah dengan sifat-sifat makhluk) dan sebagainya.
Maka, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah seorang tokoh yang diberi kekuatan oleh
Allah s.w.t. dalam menggabungkan penguasaan akal yang cerdas serta penguasaan
femahaman terhadap nas secara jelas, lalu menyusun kaedah-kaedah umum atau
manhaj asas dalam memahami aqidah murni Islam. Maka, beliau dinilai sebagai tokoh
paling berpengaruh dalam menggabungkan kaedah aqli dan naqli dalam bidang aqidah
Islam.

Imam Abu Manshur Al-Maturidi (w: 333 H) juga merupakan seorang tokoh yang sangat
berperanan dalam mengembangkan manhaj sahih dalam bidang aqidah Islam atau
dalam ilmu Tauhid Nazhori ini. Manhaj beliau dalam bidang aqidah bisa didapat dalam
kitab beliau berjudul Kitab At-Tauhid. Beliau dianggap sebagai pengembang manhaj
tauhid nazhori dalam rangka membela aqidah ahlus-sunnah wal jamaah di Samarqand,
sebagaimana Imam Al-Asy’ari yang mengembangkan manhajnya di Iraq.
Imam Abu Manshur Al-Maturidi berguru dengan beberapa ulama’ antaranya Imam Abu
Nasr Ahmad bin Al-Abbas Al-‘Iyadhi, Imam Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji, Imam Nashir bin
Yahya Al-Balkhi dan Imam Muhammad bin Muqatil Ar-Razi.
Imam Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji dan Imam Nashir bin Yahya berguru dengan Imam Abu
Sulaiman Musa bin Sulaiman Al-Juzjaji. Imam Abu Sulaiman Musa Al-Juzjaji pula
berguru dengan Imam Abu Yusuf (w: 182 H) dan Imam Muhammad bin Hasan As-
Syaibani (w: 189 H) yang mana kedua-duanya merupakan murid-murid utama Imam
Abu Hanifah r.a. (w: 150 H). Imam Muhammad bin Muqatil Ar-Razi juga berguru dengan
Imam Muhammad As-Syaibani r.a..

Imam Al-Maturidi bukan sekadar mengambil fiqh Imam Abu Hanifah daripada para guru
beliau malah mengambil usul aqidah dan manhaj aqidah Imam Abu Hanifah daripada
mereka karena Imam Abu Hanifah juga di antara para ulama’ yang paling awal
membahas tentang aqidah Islam khususnya dalam kitab beliau Al-Fiqh Al-Akbar. Imam
Al-Maturidi dianggap sebagai pengembang manhaj aqidah Imam Abu Hanifah dengan
cara yang lebih kemas dan sistematik.

Setelah itu, manhaj kedua-dua imam ini mendapat penerimaan luas daripada
kebanyakan ulama’ Islam pada zaman tersebut dan zaman seterusnya sehingga zaman
sekarang ini. Mereka yang menisbahkan diri kepada manhaj Imam Al-Asy’ari dalam
penghujahan pada masalah aqidah dikenal sebagai golongan Al-Asya’irah sedangkan
mereka yang menggunakan manhaj Imam Al-Maturidi dikenali sebagai golongan Al-
Maturidiyyah. Pembahasan aqidah mereka yang bersifat Nazhori (teoritikal) ini akhirnya
dikenali sebagai ilmu Kalam versi Sunni karana mempunyai unsur penggunaan akal di
samping penggunaan nas (Naqli).

Sheikh Ibn Khaldun berkata tentang perkembangan ini:
“(Ilmu Kalam) ialah ilmu yang mengandung hujah-hujah terhadap aqidah-aqidah yang
dipercayai dengan bukti-bukti secara Aqliyyah (pembuktian secara logikal) dan menolak
golongan bid’ah yang terpeleset daripada aqidah salaf dan ahlus-sunnah”.
[Muqoddimah Ibn Khaldun 225]
Maka, kedua-dua imam serta para pengikut mereka dikenal dalam sejarah sebagai para
pahlawan dalam bidang aqidah yang membela aqidah murni Islam khususnya secara
Nazhori yang sangat penting dalam bidang keilmuan Islam.
Imam Ahmad ibn Hajar Al-Haithami berkata:
“Ahli bid’ah ialah orang yang berpegang dengan pegangan yang berbeda dengan aqidah
Ahlus-Sunnah. Adapun Ahlus-Sunnah adalah aqidah yang dipegang oleh Abu Al-Hasan
Al-Asy’ari, Abu Manshur Al-Maturidi dan mereka yang mengikut (manhaj) kedua-
duanya. [Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s205]
Perkembangan Ilmu Kalam Sunni (Ilmu Tauhid Nazhori)
Setelah para ulama’ menerima manhaj Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu
Manshur Al-Maturidi dalam bidang aqidah, maka mazhab keduanya terus dikembangkan
merentasi zaman. Kedua-madrasah mempunyai para ulama’ agung yang
mengembangkannya serta menyempurnakan perbahasan-perbahasan serta
penghujahan mereka berdua.

di Antara murid-murid kepada Imam Al-Asy’ari yang kuat mengembangkan mazhab
Imam Al-Asy’ari adalah:
Imam Abu Al-Hasan Al-Bahili
Imam Abu Al-Hasan Bundar As-Syirazi (teman Imam As-Syibli)
Imam Abu Abdillah bin Mujahid Al-Bashri (juga murid Imam Sahl At-Tustari)
Imam Abu Sahl As-Shu’luqi (juga murid Imam Ibn Abi Hatim)
Imam Abu Abdillah At-Tha’ie
Kemudian, murid-murid kepada para imam tersebut mengembangkan mazhab Imam Al-
Asy’ari dalam masalah aqidah.di Antara mereka adalah
Imam Saif As-Sunnah Al-Qadhi Abu Bakr bin At-Thayyib bin Al-Baqillani Al-Maliki
(murid Imam At-Tha’ie. Antara kitab beliau yang terpenting adalah Al-Inshof Fima Yajibu
I’tiqaduhu wa La Yajuzu Al-Jahl Bihi danTamhid Al-Awa’il.)
Imam Abu Bakr Ibn Furak Al-Asfahani (w: 406 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Al-
Hasan Al-Bahili bersama-sama Imam Al-Baihaqi dan Imam Al-Qusyairi. Antara kitab
beliau dalam mengembangkan mazhab Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah kitab
Mujarrad Maqalat Al-Asy’ari.
Imam Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfirayini (m: 418). Beliau adalah murid Imam Al-Bahili.
Kemudian, ianya dikembangkan oleh para ulama’ Al-Asya’irah pada peringkat ketiga
yang merupakan di antara murid-murid kepada para imam tersebut. mereka adalah:
Imam Abu Al-Qasim Al-Isfirayini (w: 452 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Ishaq Al-
Isfirayini dan bersahabat dengan Imam Al-Baihaqi. di Antara murid beliau adalah: Imam
Al-Haramain, guru kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. dan Imam Dhiya’uddin
Al-Razi, ayahnda kepada Imam Fakhruddin Al-Razi.
Imam Al-Ustaz Abu Bakr Al-Baihaqi (w: 384 H). Beliau berguru denga Imam Abu Ishaq
Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim Al-Isfirayini dan Imam Abu Bakr bin Furak. di Antara
buku-buku tulisan beliau adalah: Al-Asma’ wa As-Sifat sebesar dua jilid (buku rujukan
dalam bidang aqidah) dan Al-I’tiqad.
Seterusnya, dikembangkan oleh para ulama’ di antara mereka yang terkemuka adalah
seperti:
Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf As-Syirazi (393-476 H). Beliau adalah murid
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi, Imam Al-Qadhi Abu At-Thayyib At-Tabari, Imam Abu
Abdillah Muhammad bin Abdillah bin Ahmad Al-Baidhawi, Imam Al-Faqih Az-Zujaji dan
sebagainya. Antara tulisan beliau dalam bidang aqidah adalah: Al-Isyarah ila Mazhab
Ahl Al-Haq.
Imamul Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (419-478 H). Beliau berguru kepada
ayahndanya Imam Abdullah Al-Juwaini dan Imam Abu Al-Qashim Al-Iskafi Al-Isfarayini.
Antara kitab-kitab beliau khususnya dalam bidang aqidah adalah: Al-Irsyad ila Qawathi;
Al-Adillah fi Usul Al-‘I’tiqad, Ar-Risalah An-Nizhamiyyah (Al-Aqidah An-Nizhamiyyah) ,
As-Syamil fi Usul Ad-Din, Lam’atul Adillah fi Qawa’id ‘Aqa’id Ahl As-Sunnah wa Al-
Jama’ah
Begitulah seterusnya, mazhab Al-Asy’ari dalam aqidah terus dikembangkan oleh banya
ulama’ besar di antara mereka adalah seperti:
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. (w: 505 H) khususnya menerusi buku beliau Al-
Iqtishad fi Al-I’tiqad
Imam Abu Al-Fath Muhammad As-Syahrastani (w: 548 H) khususnya menerusi kitab
Nihayah Al-Iqdam fi Ilm Al-Kalam dan Al-Milal wa An-Nihal.
Imam Fakhruddin Ibn Asakir (499-571 H) khususnya menulis kitab Tabyyiin Kazb Al-
Muftari merupakan buku yang menghimpun sebagian nama-nama para ulama’ Al-
Asya’irah yang besar.
Khatib Ar-Riy Imam Dhiyauddin Abu Al-Qasim Umar Al-Razi khususnya meneruskan
kitab Ghayah Al-Maram fi Ilm Al-Kalam.
Imam Fakhruddin Al-Razi r.a. (w: 606 H) anak kepada Imam Dhiya’uddin Ar-Razi,
khususnya dalam buku beliau Asas At-Taqdis dan Al-Masa’il Al-Khamshun fi Usul Al-
Kalam.
Imam Al-Amidi (e: 631 H) khususnya buku beliau Ibkar Al-Afkar dan Ghayah Al-Maram
fi Ilm Al-Kalam
Imam Al-Iji (680-756 H) khususnya kitab-kitab beliau: Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam,
Jawahir Al-Kalamdan Al-‘Aqa’id Al-Adhiyyah
Imam Muhammad bin Yusuf As-Sanusi (w: 895 H) khususnya buku beliau Umm Al-
Barahin, Al-Manhaj As-Sadid dan Aqidah Ahl At-Tauhid Al-Kubra
Setelah itu, perkembangan kitab-kitab Al-Asya’irah lebih bersifat syarahan, ulasan dan
catatan terhadap kitab-kitab terdahulu.
Perkembangan ilmu aqidah secara Nazhori atau ilmu kalam ini sangat memainkan
peranan penting dalam menyusun kerangka asas dalam berinteraksi dengan masalah
aqidah khususnya melibatkan bab ketuhanan, berdasarkan femahaman nas yang jelas
dan penggunaan kaedah akal yang seimbang.

Maka, Tauhid yang diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam adalah suatu
Tauhid Amali Syuhudi atau suatu Tauhid praktikal dan penghayatan, yang mana aqidah
adalah suatu yang disemat dalam jiwa dalam bentuk penghayatan. Tauhid Amali ini
adalah suatu tauhid yang murni yang lahir daripada suatu proses penyucian jiwa
(Tazkiyyah An-Nufus) dan tarbiah kerohanian. Oleh sebab itulah, Rasulullah shollallahu
‘alaihi wasallam merupakan seorang murobbi agung kepada para sahabat r.a. yang
menerapkan tauhid Amali ini dalam jiwa mereka melalui tarbiah kerohanian.

Namun, setelah munculnya golongan yang sesat dalam masalah aqidah khususnya
ketika salah faham terhadap nas-nas Islam, maka para ulama’ terpaksa menghimpun
ilmu aqidah dalam bentuk teori untuk memelihara aqidah umat Islam daripada salah
faham dalam masalah aqidah dan menyusun manhaj sahih dalam berinteraksi dengan
nas-nas (termasuklah nas-nas mutasyabihat) yang melibatkan masalah aqidah.
Walau bagaimanapun, kesibukan dan fokus terhadap ilmu Tauhid Nazhori (berbentuk
teori) ini tidak menyebabkan ilmu Tauhid Amali Syuhudi ini terhenti perkembangannya
dalam masyarakat Islam. malah dikembangkan oleh para ulama’ sufi dalam bentuk
Tarbiah Ruhiyyah Amaliyyah (tarbiah kerohanian praktikal) dan dikembangkan juga
melalui penulisan-penul isan mereka dalam ilmu Tasawwuf.

Bahkan, ketika ilmu Tauhid Nazhori sedang dikembangkan dalam bentuk ilmu Kalam
oleh golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah , sebagian para ulama’ sufi turut terlibat
membahas ilmu Tauhid Nazhori ini juga bahkan kebanyakan mereka menjadikan asas-
asas manhaj aqidah Al-Asya’irah atau Al-Maturidiyyah sebagai pendahuluan bagi
perjalanan menuju Allah s.w.t. (perjalanan kerohanian) karana tanpa asas aqidah yang
jelas dan sahih, maka perjalanan kerohanian menuju Allah s.w.t. tidak membawa kepada
natijah yang sahih kerana aqidah adalah asas bagi ibadah dan pengabdian.
Bahkan, sebahagian para ulama’ Mutakallimin yang terlibat dalam membahas ilmu
Tauhid Nazhori (ilmu Kalam) ikut menggalakkan pelajaran ilmu Tasawwuf dan tarbiah
kerohanian sebagai penyempurnaan dan perealisasian terhadap ilmu Aqidah yang telah
dipelajari.
Maka, kita dapat simpulkan dua bentuk hubungan antara ilmu Aqidah (Nazhori) dengan
ilmu Tasawwuf iaitu:
Ulama’ Sufi berpegang dengan ilmu Kalam sebagai pendahuluan pembahasan ilmu
Tasawwuf.

Ilmu Aqidah Nazhori dijadikan sebagai subjek pendahuluan terhadap ilmu Tasawwuf
oleh kebanyakan ulama’ sufi karena kepentingan aqidah yang sahih dalam perjalanan
menuju Allah s.w.t.. Maka, manhaj Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah yang menjadi
manhaj utama membela aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah turut diterapkan dalam
perbincangan ilmu Tasawwuf khususnya di awal pembahasan mereka.
Ulama’ Mutakallimin (ahli ilmu Kalam) berpegang dengan ilmu Tasawwuf sebagai
Manhaj Penyempurnaan.
Para ulama’ Mutakallimin menyeru untuk mempelajari ilmu Tasawwuf setelah
membahas ilmu Kalam secara teori karana ilmu Tasawwuf adalah penyempurnaan dan
manhaj yang menterjemahkan ilmu Aqidah yang dipelajari secara teori dalam bentuk
penghayatan.
Wallaohu alam

0 comments :

Post a Comment

 
Toggle Footer